Polisi rasmi
Terms & Conditions
Kemaskini terakhir: 19 Jan 2026
1) Skop perkhidmatan
Salut Transport menyediakan perkhidmatan pengangkutan pelajar mengikut laluan dan jadual yang dipersetujui bersama pelanggan.
2) Pendaftaran & pembayaran
- Tempahan dianggap sah selepas bayaran diterima.
- Harga tertakluk kepada zon, sehala atau dua hala dan terma pakej yang dipersetujui.
- Bayaran bulanan perlu dibuat sebelum 5hb setiap bulan.
- Bayaran yuran van adalah mengikut kadar bulanan. Tempat yang telah ditempah dan diperuntukkan dalam laluan van akan dikenakan yuran penuh bagi bulan pendaftaran, tanpa mengira tarikh mula menggunakan perkhidmatan.
- Pendaftaran yang dibuat sebelum atau pada 25hb akan dikenakan bayaran penuh bagi bulan pendaftaran. Pendaftaran selepas 25hb akan dikira sebagai bayaran untuk bulan berikutnya.
- Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan perkhidmatan ditangguhkan sementara.
3) Tanggungjawab pelanggan
- Pastikan pelajar berada di pickup point pada masa yang ditetapkan.
- Maklumkan perubahan alamat, nombor telefon atau jadual lebih awal.
- Pastikan maklumat pelajar dan penjaga yang diberikan adalah tepat.
4) Had liabiliti
Kelewatan boleh berlaku akibat trafik, cuaca, kemalangan, arahan pihak berkuasa atau perkara di luar kawalan munasabah. Kami akan memaklumkan pelanggan sebaik mungkin jika berlaku perubahan atau kelewatan.
5) Polisi berkaitan
Sila rujuk polisi berikut:
6) Governing Law
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.